top of page
vircle.png

VIRCLE

Background.png
Group 23607.png

Selamat datang ke Vircle @ Sekolah

Ibu bapa yang dihormati, Selamat datang ke Vircle.

Laman web ini memberikan anda semua maklumat yang diperlukan untuk mendaftar akaun Vircle dan peluang untuk anak anda membeli tanpa wang tunai (Cashless) di sekolah.

Vircle Mom Child.png

Sebelum Anda Bermula..

Hanya salah seorang dari Ibu atau Bapa yang akan diberikan kebenaran untuk tetapkan pengurusan wang saku, pembelian dan rancangan pemakanan. Jadi anda perlu menentukan siapa yang akan menguruskan hal-hal perbelanjaan anak melalui aplikasi Vircle.

Muat Turun Aplikasi Vircle dan Mulakan dengan Mendaftarkan Akaun Ibu Bapa.

googleplay.png
download.png

Notis: Anak-anak anda TIDAK perlu mendaftar di aplikasi Vircle . Mereka akan mendapat kad Vircle atau menggunakan kad sekolah sedia ada sebagai kad pembayaran. Sebaik sahaja anda menyediakan akaun Ibu Bapa, anda boleh mengaktifkan akaun anak-anak (Child Login) supaya mereka boleh log masuk akaun sendiri melalui telefon pintar mereka.

Mula Daftar dengan 3 Langkah Mudah

Mudah, kurang dari 5 minit untuk daftarkan akaun Ibu Bapa dan memasukkan maklumat anak anda. 

1

2

3

Langkah 1 
Muat turun Aplikasi
& Daftar Akaun Ibu Bapa

 

Langkah 2 
Masukkan maklumat anak anda dan hubungkan kepada sekolah melalui aplikasi Vircle

Langkah 3 
Siap! Anda boleh mula gunakan Vircle

Notis: 
Anda
akan menerima e- mel jemputan dari Vircle mengandungi Kod QR yang unik sebagai pengesahan pendaftaran anak anda. Untuk sekolah yang berdaftar selepas April 2022 juga akan menerima e-jemputan (E-Invite) 16-digit bagi memudahkan pendaftaran anak melalui aplikasi Vircle.

2.png

Pertama : Daftar Akaun Ibu Bapa

Langkah 1 - Klik butang "Daftar"
Langkah 2 - Masukkan Kod 6-Digit yang diterima melalui SMS. 
Langkah 3 - Aktifkan e-wallet Ibu Bapa ( Masukkan nombor kad pengenalan atau passport dalam bahagian ini ) 
Langkah 4 - Tetapkan pin selamat 6-digit anda ( Pin ini anda bakal gunakan untuk transaksi dalam aplikasi)

Tahniah! Anda telah membuka akaun Ibu Bapa dan anda akan dibawa terus ke paparan utama (Dashboard) . 

Nota: Vircle beroperasi sebagai satu e-wallet dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Sila pastikan maklumat asas akaun ibu bapa anda tepat dan menepati syarat.

Kedua : Masukkan Maklumat Anak Anda

Nota: 
Langkah ini bertujuan penghubung anak anda sebagai pengguna akaun tanggungan anda.

Langkah 1 - Dari Paparan Ibu Bapa, Klik "Daftar Anak"
Langkah 2 - Daftar dengan lengkap maklumat anak anda berserta foto. (Sila pastikan maklumat yang disikan adalah tepat, ini kerana akaun anda akan diaudit mengikut pematuhan syarat kami)
Langkah 3 -Klik butang daftar untuk melengkapkan pendaftaran anak anda. (Mesej berjaya akan timbul sebagai pengesahan pendaftaran telah lengkap dan akaun anak anda berjaya dihubungkan)


Nota : Nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tidak akan diproses oleh aplikasi Vircle, sila pastikan anda menggunakan nombor kad pengenalan yang betul semasa pendaftaran akaun Vircle.

1.png
3png.png

Ketiga : Hubungkan dengan Sekolah 

Nota:
Hubungkan dengan Sekolah bertujuan bagi hubungkan servis yang disediakan dengan sekolah berkenaan. Anda perlu masukkan KOD QR atau kod e-jemputan 16-digit yang diemailkan kepada anda dari kami. Kod e-jemputan HANYA bagi sekolah yang mengikuti program kami selepas April 2022

Langkah 1 - Pilih "Hubungkan dengan Sekolah"
Langkah 2 - Sekiranya anda mempunyai kod e-jemputan 16-digit anda boleh gunakan kod tersebut. Sekiranya anda
TIDAK MEMPUNYAI kod e-jemputan, sila pilih menu imbas Kod QR dan imbad Kod QR yang diberikan kepada anak anda. Kod yang diberikan adalah unik, sila pastikan kod yang diberikan adalah betul kepada setiap anak yang didaftarkan.
Langkah 3 - Anda akan melihat halaman pengesahan, Sila sahkan dan pemakluman berjaya akan timbul di aplikasi.

TAHNIAH :

Anak anda kini boleh nikmati Pembayaran Tanpa-Tunai Vircle.

Video Panduan Pendaftaran

Tonton video panduan ibu bapa terarah ini untuk melihat cara Vircle berfungsi ATAU anda boleh menyemak imbas ke bawah untuk mendapatkan panduan langkah demi langkah.

Kegunaan 
Harian Vircle

Vircle secara automatik menyokong ciri-ciri yang disediakan oleh setiap sekolah. Ciri-ciri yang belum boleh digunakan akan hadir pada kemaskini yang akan datang. Berikut merupakan ciri-ciri yang boleh digunakan.

Elaun Tunai - Lihat Soalan Lazim mengenai elaun tunai di sini ( klik sini )

Beli Pelan Makanan - Lihat Soalan Lazim mengenai Pelan Makan di sini ( klik sini )

Perlukan Bantuan? 

Kami galakkan anda untuk melihat maklumat di paparan muka Seoalan Lazim untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya anda masih perlukan bantuan, hubungi pasukan kami melalui :

 

Khidmat Pelanggan :

Sila WhatsApp kami di +6011 11176000 .  Saluran ini merupakan saluran mesej sahaja.

( Klik untuk sembang sekarang )  - Isnin - Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)

 

E-mel : support@vircle.com

bottom of page