top of page
UM-BG-NEW-11-Jul.jpg
UM-Overlay-New.png
Selamat Datang ke Sekolah Digital Bersama U Mobile
Kids.png

Sekolah Digital Bersama U Mobile

Sebagai syarikat digital, U Mobile ingin membawa pendigitalan ke sekolah-sekolah kerajaan Malaysia sebagai salah satu daripada aspirasi kami untuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dan kompeten. Bersama rakan teknologi Vircle, kami membawa ekosistem bayaran tanpa tunai yang terbaik kepada anda!

Kelebihan Aplikasi Bayaran Tanpa Tunai

Sistem Sekolah Tanpa Tunai dengan aplikasinya dari Vircle membolehkan kanak-kanak bijak berbelanja dengan selamat, serta menguasai kemahiran pengurusan kewangan.

Elaun.png

Elaun segera bila-bila masa, di mana-mana sahaja

Pemantaun-.png

Pemantauan ibu bapa melalui notifikasi

Ganjaran.png

Ganjaran dan simpanan wang melalui penetapan misi dan matlamat

Ciri-Keselamatan-.png

Ciri keselamatan, pembekuan dan penggantian kad

UM-Update-bg.png

Jom, Bermula!

Sila ambil maklum bahawa hanya salah seorang dari Ibu atau Bapa diperlukan untuk mengurus wang saku, sebarang pembelian dan keperluan makanan untuk anak-anak. Individu tersebut akan menjadi pengguna utama untuk penggunaan aplikasi ini.

Muat-Turun-Aplikasi-Vircle.png
googleplay.png
download.png
Explore-it-on-AppGallery-Black.png

Notis: Tidak perlu mendaftar akaun Vircle untuk anak anda. 

Anak anda akan menerima kad tanpa tunai untuk melakukan pembayaran. Sebaik sahaja menerima kad tersebut, Ibu atau Bapa perlu mengaktifkan akaun anak (Child Login) melalui aplikasi mereka.

Daftar Akaun Baharu dengan 3 Langkah Mudah

Notis: Anda akan menerima e-mel jemputan dengan Kod QR unik berserta e-jemputan 16-digit daripada Vircle sebagai pengesahan pendaftaran anak anda.

Daftar-Akaun.png

Langkah 1:
Daftar Akaun Ibu atau Bapa

  1. Klik butang "Daftar"

  2. Masukkan 6-Digit PIN OTP yang diterima melalui SMS

  3. Aktifkan e-wallet ibu atau bapa (masukkan nombor kad pengenalan atau pasport di bahagian ini)

  4. Tetapkan 6-digit PIN selamat (PIN ini akan digunakan untuk transaksi dalam aplikasi)

Tahniah! Anda berjaya membuka akaun Ibu Bapa dan anda akan dibawa terus ke paparan utama (dashboard).

Notis: Vircle beroperasi sebagai satu e-wallet di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Sila pastikan maklumat asas akaun ibu bapa anda tepat dan menepati syarat. 

Daftar-Anak.png

Langkah 2:
Daftar Akaun Anak

Langkah ini bertujuan untuk mengaktifkan anak anda sebagai tanggungan.

  1. Di Paparan Ibu Bapa, klik "Daftar Anak"

  2. Daftar maklumat anak anda dengan lengkap berserta foto. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah tepat, kerana akaun anda akan diaudit mengikut syarat kami

  3. Klik “Daftar” untuk melengkapkan pendaftaran anak anda. Mesej “Berjaya” akan timbul sebagai pengesahan pendaftaran yang lengkap sebagai tanggungan anda

​​​

Notis: Nombor kad pengenalan yang sudah didaftarkan akan ditolak. Sila pastikan nombor kad pengenalan atau passport adalah tepat semasa mendaftar akaun Vircle.

Activate-Kad.png

Langkah 3:
Pautkan ke Sekolah

Langkah ini bertujuan untuk menghubungkan akaun anak dalam perkhidmatan aplikasi di sekolah. 

  1. Anda perlu memasukkan Kod QR ATAU Kod e-jemputan 16-digit yang dihantar melalui e-mel kepada anda. 

  2. Pilih "Paut Ke Sekolah" jika anda mempunyai Kod e-jemputan 16-digit, sila masukkan kod tersebut. Sekiranya anda TIDAK MEMILIKI Kod e-jemputan tersebut, sila imbas Kod QR yang diberikan untuk anak anda. Kod yang diberikan adalah unik, sila pastikan kod yang diimbas adalah betul untuk anak yang didaftarkan

  3. Pilih “Sahkan”. Anda akan menerima pemberitahuan “Berjaya"

Tahniah!

Anak anda kini boleh menggunakan bayaran tanpa tunai di sekolah.

Video Panduan Pendaftaran

Tonton video ini untuk melihat fungsi Vircle.

Card-Replacement.png

Perlu menggantikan kad yang hilang?

  1. Pada laman utama aplikasi, pilih akaun anak anda dan klik "Urus Kad"

  2. Bekukan kad sedia ada dalam aplikasi

  3. Pilih "Stor eDagang"

  4. Pilih Tahun dan Kelas anak

  5. Pilih item gantian yang diperlukan dan tambah ke troli

  6. Semak dan buat pembayaran dalam aplikasi

  7. Selesai! Anak anda akan menerima gentian item baru dari pihak sekolah tidak lama lagi

Pautan Pantas ke Soalan Lazim

Icon-1.png

Mulakan

Icon-2.png

Daftar Akaun Ibu Bapa

Icon-3.png

Tambah Maklumat Anak

Icon-4.png

Elaun & Pembelanjaan

Icon-5.png

Tambah Nilai

Icon-8.png

Soalan Lazim

Icon-10.png

Rancangan Makanan

Perlukan Bantuan?

Anda boleh merujuk kepada maklumat di paparan Soalan Lazim atau hubungi pasukan kami melalui: 

Khidmat Pelanggan

💬 WhatsApp: +6011 1117 6000 (Saluran mesej sahaja) ​

Klik untuk sembang sekarang

Isnin hingga Jumaat (7 am – 10 pm)

Sabtu hingga Ahad (11 am - 7 pm)

📧 E-mel: digitalschool@u.com.my​​

bottom of page